Monday, March 24, 2008

Jalan-Jalan ke Melaka 22 March 2008

Hari ikut hubby & Geng gi Melaka buat survey dan menguruskan tempat utk Family Day TAVAC yang bulan May nanti. Kami pergi 5 orang dari KL dan saya dalah satu-satunya wanita ..hee..hee. Bukan aku yang nak ikut tapi hubby yang suh ikut suruh jadi wakil AJK wanita. Sorang member dah tunggu kat sana sebab dia memang duk kat Melaka. Tempat dituju Bidara Puteri beach resort kat Pantai Puteri, Rumah Sri Kenangan Cheng & Port Makan


Bukan main poyo lagi suamiku ini....

Sepanjang Pantai Puteri

Bidara Puteri Beach Resort. Asalnya Resort ni namanya Mutiara hotel camtulah lebih kurang. Setelah terbiar tidak terurus resort ni telah diambil alih oleh pengurusan yang baru. So diorang dalam proses menambah baik resort nih.

Yang penting mesti kena ada pool


AJK sedang berbincang dengan pihak pengurus resort. Nak kena slow talk baik2 nih nak minta discount. Pastu baru gi room tour....





Ok setelah berbincang dengan jayanya bayar deposit dan book utk 50 buah bilik , dewan & dinner.

Tak lupa sebelum balik pihak resort telah bermurah hati menjamu kami makan tengahari....
Pas tu gi RSK Cheng utk acara amal laks....
Sedang berbincang dengan pegawai yang bertugas mengenai RSK Cheng ni...Masa mula-mula dengar nama Cheng ni ingatkan tempat ni rumah org cina rupa-rupanya Cheng tu adalah nama satu Daerah di Melaka. RSK Cheng ni adalah dibawah JKM sama macam RSK Cheras. Sedih bila dengar pegawai tu bercerita seribu macam kisah suka duka warga tua yang ada dalam ni..

Sepetang di Tasik Biru, Kundang Rawang

Tasik Biru kundang ni best gak buat tempat lepak diwaktu petang sambil-sambil tgk orng main jet ski. Selalu gak kat sini petang2 org main jet ski terutama hari minggu. Kat sini jugak selalu ada tournament jet ski. Kebetulan lalu kat sini singgah jap sementara menunggu waktu senja nan merah.......ada yang lepak2, ada yang bersantai dan berkelah, ada yang mandi manda dan ada gak yang basuh keta kat sini






Tasik Biru kundang ni best gak buat tempat lepak diwaktu petang sambil-sambil tgk orng main jet ski. Selalu gak kat sini petang2 org main jet ski terutama hari minggu. Kat sini jugak selalu ada tournament jet ski.

Friday, March 21, 2008

Kek Coklat untuk Hubby


Hari tu tak sempat nak buat cake untuk birthday abang. Sibuk sikit dan letih. Maka malam tadi sempat gak buat kek Coklat Kukus resipi chef cyber "KAK LIZA" kemudian layered dan hias ngan ganache & white coklat. Tak cantik sangat dan comot tapi yang penting puas hati dan sedap. Puas sebab buat sendiri dan memang sedap.. hubby puji.



RESIPINYA-
(resipi asal)

Bahan A
2 cawan tepung gandum }
1 cawan serbuk koko } Ayak bersama
1 sudu kecil soda bikarbinat }
1 sudu kecil baking powder }

Bahan B
2 cawan gula perang
1 cawan mentega cair

Bahan C
1 cawan susu pekat
*1 sudu besar serbuk nescafe }
1 cawan air panas } larutkan & sejukkan sebentar
4 biji telur
*(saya guna coklat emulco jer, nescafe habis)

Cara membuatnya:
Campurkan semua BAhan A, B, C sehingga sebati. Kukus selama 1 jam hingga atau hingga masak dengan api yang kecil

Coklat Ganache/ krim coklat

250 gram cooking coklat
1 sudu mentega
1/2 cawan whip cream/ fresh cream

1. cairkan coklat secara double boiling dan angkat ketepikan.
2. Masukkan butter & cream
3. Gaul sehingga rata dan licin. So hiaslah atas kek mengikut kesukaan anda

Separuh adunan lagi saya buat versi cup cake


Wednesday, March 19, 2008

Majlis Kahwin Sepupu pada 8-9 March 2008




Cantikkan pemandangan sawah padi ni......

Lokasi: Block O Sawah Sempadan, Tg Karang

Nama Pengantin: Ayu & Kamal
Tarikh: 8 Mac 2008 , Sabtu -Hari Rewang

Kerja-kerja yang dibuat masa rewang waktu pagi
1. Bungkus kuih "pulut inti"
2. Kupas bawang-semua jenis bawang
3. Basuh Ayam
4. Potong Daging
5. Potong sayur-sayuran dan lain2

menu hidangan makan Tengahari
1. Sup ayam
2. Kacang PAnjang Goreng
3. Ikan Masin
4. Sambal Kicap
5. Ayam goreng





Menu istimewa utk malam tu Kerang tumis serai. Maklumlah kalau kat sini start petang rewang sampai malamnya dah ada jemputan yang datang sebab tak berkesempatan nak datang esoknya.


Tak lupa Kari Daging dalam Kawah..

Antara menu utk malam tu
1. Kerang tumis
2. Kari Daging
3. Sayur campur
4. Ayam Goreng
5. Mihun Sup



Seronok bila dapat ber

kumpul saudara-mara sambil bergurau senda

Tarikh : 9 Mac 2008 Ahad - Hari kenduri
Ketibaan pengantin : Pkl 12 tghari



Diorang ni sebaya , bercinta dah lama sejak dari sekolah menengah lagi...
Actually dua-dua kawan cangkirbiru masa sekolah menengah dan sekarang menjadi sepupu kerana husband cangkir adalah sepupu kpd pengantin perempuan. Anyway selamat pengantin Baru kepada kedua- dua mempelai. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Amin.....

Antara menu hari tu:
1. daging masam manis
2. Ayam masak rendang
3. Acar timun
4. Sambal goreng
5. Kerang tumis
6. Umbut kelapa masak lemak
7. ikan masin
8. samabal belacan dan ulam-ulaman

Terima Kasih kepada Bibik yah & Paman sekeluarga












J card Day Jaya Jusco 6th March 2008

Sebenarnya hari ni birthday my dear and kitaorang plan nak gi dinner for two. petang tu hubby call from office kata dia dapat invitation card J card day on 6th March kat JJ kepong. So dengar kata ada sale kitaorang pun gi Jaya jusco after tu sebab dah lama tunggu J card day ni. Sebagai present saya belanja hubby shopping sebab tak tau nak bagi hadiah apa. So biarlah dia pilih sendiri apa yaang dia suka. Actually tak de beli benda yang exclusive pun cuma beli baju kemeja dan pants utk keperluan ke opis. Time sale ni boleh dapat good bargain. Kitaorang ni tak kisah pun bukan nak pakai baju yang mahal-mahal sangat pun janji selesa, good quality dan murah. So kalau murah leh lah beli banyak2. Kami pun bukan selalu shopping nih.
Orang ramai sangat and most of them are chiness.

Antara barang yang kitaorang beli
1. 4 helai kemeja long sleve by SUAVE & CROCODILE
2. 2 helai long pant by CROCODILE
3. 4 piece of bowl@ caserol by Wedgewood ----> oven& microwave proof. Bolehlah bake kek dalam tu. Sebijik tu nak nak buat gift.
4. Blouse
5. Stokin, bla..bla..bla
Total RM200++ so dapat voucher Rm 20.00


Last2 kami makan sate jer balik dari shopping tu sebab dah lewat malam.















Wednesday, March 5, 2008

Ku lihat hijau

Setiap kali balik kg mesti duk mengutip hasil kampung yang ada terutamanya CILI Api sebab rumah mak mertua banyak pokok cili. Mak mertua tanam sekeliling umah dan jual sikit2. Yang bestnya hubby suka gambar benda-benda yang menarik kat kebun. Saja nak share gambar-gambar pokok2 yang menarik.

1. Ni cendawan liar

2.Ni plak saya panggil buah"cempluan". Buah yang tua leh makan. Selalu tumbuh kat kebun. Yang ni gambar buahnya. Yang bawah tu gambar pokoknya.

3. Ni lak pokok letup2. Kecik2 dulu selalu main dengan biji benihnya yang tua warna hitam. Kutip pastu letak dalam air. benihnya akan meletup2 bila terkena air. Sebab tu panggil pokok letup2

4. Ni lak kebun. Bapak ngan abang ipar usahakan tanam terung kat sini.
5. Pernah tengok Bendi warna merah tak? Yang ni memang spesis warna merah tau...
6. Kami menantu 2 memang selalu "pow" cili api tiap kali balik umah mak mertua sebab kami tak leh hidup kalau tak de cili
7. Ibu mertuaku yang sedang memetik kacang panjang. Hidup kat kg memang seronok leh bercucuk tanam di samping menambah pendapatan