Wednesday, March 19, 2008

Majlis Kahwin Sepupu pada 8-9 March 2008




Cantikkan pemandangan sawah padi ni......

Lokasi: Block O Sawah Sempadan, Tg Karang

Nama Pengantin: Ayu & Kamal
Tarikh: 8 Mac 2008 , Sabtu -Hari Rewang

Kerja-kerja yang dibuat masa rewang waktu pagi
1. Bungkus kuih "pulut inti"
2. Kupas bawang-semua jenis bawang
3. Basuh Ayam
4. Potong Daging
5. Potong sayur-sayuran dan lain2

menu hidangan makan Tengahari
1. Sup ayam
2. Kacang PAnjang Goreng
3. Ikan Masin
4. Sambal Kicap
5. Ayam goreng





Menu istimewa utk malam tu Kerang tumis serai. Maklumlah kalau kat sini start petang rewang sampai malamnya dah ada jemputan yang datang sebab tak berkesempatan nak datang esoknya.


Tak lupa Kari Daging dalam Kawah..

Antara menu utk malam tu
1. Kerang tumis
2. Kari Daging
3. Sayur campur
4. Ayam Goreng
5. Mihun Sup



Seronok bila dapat ber

kumpul saudara-mara sambil bergurau senda

Tarikh : 9 Mac 2008 Ahad - Hari kenduri
Ketibaan pengantin : Pkl 12 tghari



Diorang ni sebaya , bercinta dah lama sejak dari sekolah menengah lagi...
Actually dua-dua kawan cangkirbiru masa sekolah menengah dan sekarang menjadi sepupu kerana husband cangkir adalah sepupu kpd pengantin perempuan. Anyway selamat pengantin Baru kepada kedua- dua mempelai. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Amin.....

Antara menu hari tu:
1. daging masam manis
2. Ayam masak rendang
3. Acar timun
4. Sambal goreng
5. Kerang tumis
6. Umbut kelapa masak lemak
7. ikan masin
8. samabal belacan dan ulam-ulaman

Terima Kasih kepada Bibik yah & Paman sekeluarga












No comments: