Monday, June 2, 2008

From Taiping With Love 31 May -1 Jun 2008

Bulan May ni jadual padat sungguh. Setiap minggu pergi berjalan......Kali ni bersama Family in Law pergi ke Taiping.Jalan-jalan sempena cuti sekolah sambil melawat saudara disana. Kami pergi 3 kereta. Ni first time cangkir ke Taiping. Agendanya tidur rumah saudara satu malam pastu pergi melawat night safari zoo Taiping. Masa sampai tu kereta banyak.. maklumlah cuti sekolah.



Pastu siang tu kami mandi manda di Burmese Pool (tak pasti dgn ejaan) dekat Bukit Larut. Yang paling tak ku lupa aku kena gigit pacat kat kaki. Itupun setelah tukar baju baru perasan. Tapi pacatnya dah tak de.. darah meleleh jer dari tempat yang digigit tu....selama ni tak penah plak kena. Bapak mertua kata dalam air tak de pacat mungkin kena masa meredah semak .


Balik dari mandi manda kami singgah jap kat Taman Tasik Taiping.. Taman tasik ni memang cantik. Hijau dan tenang jer tengok. Kami tak berkesempatan nak explore seluruh taman ni sebab masing-masing dah penat.. Hanya melihat pemandangan dari jauh. memang peaceful.. apa pun cangkir harap dapat kembali lagi ke sini suatu hari nanti...Adios

No comments: