Thursday, August 12, 2010

Ayam Tumis Cili Api

Bahannya:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil dan goreng
  • 3 biji kentang, potong baji dan digoreng
  • segenggam cili padi -lebihkan jika suka pedas * tumbuk
  • 5 ulas bawang merah *tumbuk
  • 3 ulas bawang putih * tumbuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato hijau dibelas 4
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menumis
  1. Tumiskan bawang dan cili padi hingga garing.
  2. Masukkan ayam dan kentang gaul hingga sebati
  3. Masukkan garam, gula  dan air sedikit
  4. Akhirnya taburkan daun kari dan tomato
  5. Siap utk dinikmati.
Selamat berbuka .....

Friday, August 6, 2010

Sup Sayur

Sambal Bilis Kicap


Sempena nak puasa ni, nak share resipi yang sesuai dan membuka selera masa sahur..my hubby cukup suka ni. Masa mula-mula kenal hubby, nilah masakan   pertama saya  yang dia makan dan terus terjatuh chenta.....chewah. Sampai sekarang ni lah lauk feveret dia...
Rasanya sebelum ni pun dah penah post kat sini...


  • 1-2 genggam ikan bilis digoreng

  • 10 tangkai cili padi dihiris

  • 2 labu bawang besar di mayang..(saya suka bawang lebih)

  • 1 biji kentang dihiris nipis dan digoreng

  • 1-2 papan petai di hiris

  • kicap  manis secukupnya

Tumiskan bawang besar dan cili padi hingga agak kering.
Masukkan bilis, kentang, petai. Curahkan kicap secukupnya hingga membasahi semua bahan-bahan tadi.Boleh dihidangkan bersama nasi panas-panas....

Thursday, August 5, 2010

Lempeng

Dulu-dulu kalau kalau buat sarapan lempeng kena ada sambal tumis..yang pastinya bukan pakai cili kering tapi cili api.. sebab saya kan pencinta cili api. Yang ni saya guna cili api yang kaler merah .. tapi tak se 'kick' cili api kampung yang kecik2 hijau tu. Yang saya buat ni tahap malas, cili tu di blender plak tu.. lagi lah tak rasa 'kick' nya.  Ate.. dah malam, suami boleh suh buat lempeng. Dia tak mo makan nasi.. resipi tak yah ler..semua tau nak buat lempeng...ke ada yang tak tau.. kalau tak tau ada yang nak kena lempang boleh tanya pada yang pakar.

p/s: maaf gambar kurang memuaskan diambil guna henpon cap ayam. Pastu tak pandai nak posing... saya bukan mat gebu...

Tuesday, August 3, 2010

Jamur Goreng

Rasanya semua tau cendawan memang sedap kalau buat goreng cam ni, kalah daging ayam. Kat Pasar Malam kalau beli satu bekas RM 1 tu ciput jer celah gigi pun tak tak de sebab depan gigi tak de. Puas hati dapat goreng cendawan ni sendiri. Pergi ekonsef Econsave beli cendawan 1/2 kilo murah sikit. So bolehlah goreng dengan banyaknya guna tepung goreng segera agromas. Sambil goreng sambil kunyah...

Sambal Ijo

Sambal pembuka selera yang ringkas dan sedap. Hanya gunakan cili hijau + lada hijau + bawang besar + tomato hijau. Gorengkan dan tumbuk kasar.

Wednesday, July 14, 2010

KERABU MANGGA


Biras ada bagi sebiji mangga muda yang besar... nak makan cam tu  jer tak berapa minat.  So buatlah kerabu mangga buat pembuka selera sempena berbuka puasa.


  • Mangga muda di sagat/cincang

  • 3 ulas bawang merah dihiris

  • 5 biji cili padi dihiris

  • sedikit bilis goreng

  • air perahan limau kasturi

  • kacang tanah goreng tumbuk

  • sedikit sos ikan

  • sedikit gula

Gaulkan semua bahan diatas secukup rasa. semudah ABC..selamat menjamu selera

Monday, July 5, 2010

Sambal Tahun 2010

Ya satu lagi masakan masyarakat jawa . Sambal tahun namanya.. sebab apa di panggil sambal tahun. Sebab sambal ni biasanya dimakan dalam jangka waktu yang lama. Bukanlah bertahun lamanya la sebab tak sampai seminggu pun dah habis. Biasa orang akan panaskan berulang setiap hari. Kalau kuah dah kering, tambah santannya. Semakin lama semakin sedap dan semakin pedas. Kalau hari raya ni menu special yang ada kat rumah mak. Makan ngan ketupat memang mengancam maklumlah kami saudara mara ni memng hantu pedas. Maklumlah jelak makan daging dan ayam kalau raya.
Yang ni saya masak sebab memang teringin sangat nak makan.. terbayang-bayang macam orang mengidam gamaknya. Ada orang suka masukkan perut, lulang ( kulit lembu) atau kerang. Yang ni saya masak kosong jer. Hajat nak masukkan kerang tapi kerang boleh pulak tak de bila nak beli.  Sudahnya  kosong jer sampai ke sudah. Yang ni resipi  yang mudah. Ada saya baca setengah orang letak taucu, halia tapi yang ni lah resipi mak saya.

Bahannya:
  • 500 g lengkuas -pilih yang muda-muda
  • 300 g cili padi -biarkan sebiji-sebiji
  • 10 ulas bawang merah* ditumbuk
  • 1 genggam ikan bilis* ditumbuk
  • 2 liter santan
  • Isi Kerang-saya tak letak sebab tak de
  • garam dan gula secukup rasa
Caranya
1. Hiris nipis-nipis lengkuas dan rebus. Buang airnya
2. Tumis bawang dan bilis hingga naik bau.
3. Masukkan cili padi dan dan lengkuas yang telah direbus tadi
4. Tutupkan periuk sebentar biarkan cili layu
5. Kemudian masukkan kerang dan santan.

* Lebih sedap kalau dimakan hari esoknya

Kentang Panggang bersama Sayuran




Saya memang GILA KENTANG. Tak kiralah apa style masakan saya cukup suka. Kentang ni stylo, semua masakan dia boleh jalan. Bakar, rebus. panggang, goreng  dan macam2 style boleh dibuat dengan kentang ni. Kentang ni plak ada banyak jenis tapi bagi saya saya suka kentang yang biasa kita guna dalam masakan harian terutama yang isi kuning. Lebih manis dan sedap  berbanding  dengan jenis-jenis yang lain.
Baru-baru ni saya ke tesco amiklah 5 biji kentang kulit merah tu. Suami kata sedap ni kalau panggang..
So inilah hasilnya. Tak perlu  masak nasi dah makan ni jer:

  • 5 biji kentang besar dibelah 4-tak perlu buang kulit
  • 2 sudu kecil lada hitam kasar
  • 1 sudu serbuk oregano
  • 1 sudu serbuk rosemerry
  • 5 ulas bawang putih, diketuk tak perlu buang kulit
  • sedkit garam
  • baby carrot
  • tomato ceri
  • 1 batang celery dipotong kecil
  • 5 batang sosej dipotong 2
  • sedikit minyak zaitun

Caranya:
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat
  2. Masukkan bawang putih dan kentang  dan taburkan herba rosmerry, oregano dan lada hitam.
  3. Gaulkan hingga kentang 1/4 masak
  4. Masukkan semua sayuran & sosej dan kacau sebati
  5. Pindahkan kedalam mangkuk tahan panas dan bakar dalam oven dengan sehu 170 darjah celcius selama 30 minute atau sehingga kentang nasak.



Asam Pedas Ikan Kembung




Asalnya nak masak singgang tapi memikirkan sang suami yang agak kureng makan singgang so amik keputusan masak asam pedas jer. Kalau asam pedas ni laju plak dia makan.. Resipi asam pedas saya ni mungkin beza sikit.. saya pantang daun kesum dan bunga kantan dalam asam pedas yer so anda memng tak kan menjumpai dua bahan ni dalam masakan saya...

  • Bahannya:
  • 500 g ikan kembung atau sebarang ikan yang anda suka
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang kecil*
  • 2 batang serai*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 10 biji  cili api*
  • 10 tangkai cili kering*
  • 3 keping asam keping (boleh gantikan dgn air asam jawa )
  • 2 cawan air
  • 2 biji tomato belah 2
  • 10 tangkai bendi
  • 2 tangkai daun limau Purut
  • Sedikit halba campur
  • Garam
  • Minyak utk menumis

Caranya:
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau dan garing
  3. Masukkan air dan asam keping
  4. Didihkan hingga kuah pekat
  5. Masukkan ikan. Memandangkan saya guna ikan kembung yang kecil, saya masukkkan ikan kemuadian. Jika guna ikan besar, boleh masukkan ikan semasa menumis baru masukkan air.
  6. Akhirsekali masukkan tomato , daun limau purut dan kacang bendi. Rasa asam garamnya.