saya memang suka sayur2 chinese style. Yang ni sawi bunga @choy sam yang di goreng ringkas dengan tauhu.
Cuma gorengkan bawang putih cincang, tauhu dan sos tiram. Masukkan sawi dan gorengkan hingga sawi layu atau separa masak. Tambahkan air sedikit jika suka. Walla...
Saturday, August 20, 2011
Assalamualaikum...
Assalamualaikum Warahmatullah...
Sudah lama tak update blog. Kerajinan berblogging semakin menurun barangkali bukan kerana FB, kerana saya bukan FB tegar. Hanya kerana kemalasan.. ya itu adalah alasan yang normal. Bulan Puasa pun sudah menghampiri minggu yang terakhir. Sebagai orang dewasa, kemeriahan menyambut raya tidaklah seperti zaman kecil2 dulu. Kalau tahun-tahun lepas saya buat ler jugak biskut sebalang dua untuk buah tangan family di kampung tapi tahun ni saya gantung oven. Mungkin beli saja nanti last minute untuk buah tangan ibu dan mertua di kampung.
Sekarang ini mak kat kampung hanya memikirkan nak buat majlis Walimatul Urus adik lepas syawal nanti. Jadi mungkin raya ni ala kadar saja. Budget lebih diutamakan untuk majlis kenduri kahwin nanti. Saya sebagai anak sulong secara tak langsung turut sibuk memikirkan dan merancang majlis kahwin nanti. Banyak perkara yang perlu di rancang dengan teliti.
Apa lagi yer... seminggu sebelum puasa yang lalu saya pergi bercuti ke samporna sabah dan pulau2 sekitarnya bersama teman2 sepejabat selama 6 hari 5 malamah Rasanya inilah percutian terlama yang pernah pergi. Ni kali kedua saya ke sabah dan yang ni cuti yang best sangat sebab pulau2 dia sangat cantik.
Nanti saya update cerita pasal percutian ni dlm entri akan datang...
Pasal masakan plak saya dah kurang ler amik2 gambar masakan ni. Lagipun masakan saya biasa2 jer kadang2 tak masak maklumler saya berdua jer tidakler nak masak banyak2 masak pun simple2 gitu.
Rasanya ini sajalah entri buat pemanas badan. Hope dengan entri ini akan membuatkan saya rajin update blog....

Thursday, April 14, 2011
Sayur Goreng Jawa
- 1 -2 bungkus tempe -didadu dan digoreng
- 2 keping tauhu basah-didadu dan digoreng
- 3 biji kentang -didadu dan digoreng
- 5 tangkai cili kering -di gunting serong dan direndam didalam air
- 1 biji bawang besar- di potong baji
- 5 ulas bawang merah - dimayang halus
- 3 ulas bawang putih- dimayang halus
- Segenggam suhun -direndam dan dikerat. (Boleh juga digoreng jika suka)
- 1 biji lobak merah- di potong dadu
- 10 tangkai kacang buncis-dikerat kecil
- sedikit ikan bilis
- 2 inci lengkuas- dimayang halus
- 2 inci belacan*
- 5 sudu air asam jawa *
- *hancurkan belacan dengan air asam jawa
- 2 cawan santan
- garam dan gula
- sedikit kicap manis (optional)
- minyak untuk menumis
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bilis hingga naik bau
- Masukkan cili kering dan lengkuas
- Masukkan air asam jawa+belacan dan bawang besar
- Masukkan Santan dan didihkan hingga mendidih
- Boleh masukkan sedikit kicap untuk warna yang lebih gelap
- Bila santan sudah mula mendidih, masukkan carrot dan kacang buncis
- Masukkan juga semua bahan yang digoreng tadi dan kacau hingga semua sayur tadi lembut dan kuah santan tadi kering.
Wednesday, April 13, 2011
Kerabu Mangga Lagi
- 2 biji Mangga Muda
- 10 ekor udang saiz sedang
- 5 biji cili padi di racik
- 3 ulas bawang merah di mayang
- sedikit sos nampla (sos ikan/sotong)
- gula secukup rasa
- sedikit kacang tanah digoreng dan dibuang kulit
- Mangga di kupas dan di sagat memanjang
- Udang dibuang kulit dan di celur sebentar
- Gaulkan mangga muda, udang, bawang merah dan cili padi
- Masukkan sos nampla dan gula secukup rasa
- Taburkan dengan kacang tanah tumbuk.
Tuesday, April 12, 2011
Kembung Sweet Sour
Ikan kegemaran saya sejak kecil lagi. Dalam banyak -banyak ikan , rasanya ikan kembung jugak yang paling sedap sebab ikan ni versertail. Semua masakan dia boleh masuk. Kalau goreng lagi sedap...Saya tak pernah menetapkan menu harian .. just guna apa yang ada di dapur. Masak pun simple2 jer.
- 5 ekor ikan kembung kecil digoreng
- 10 biji cili padi di potong kecil
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 biji tomato, buang biji dan didadu
- sedikit soso tomato
- sedikit sos cili
- garam dan gula secukup rasa
- Tumiskan bawang putih dan besar dan juga cili padi
- Masukkan sos cili dan tomato
- Masukkan sedikit air, garam dan gula .
- Masakkan hingga pekat baru masukkan tomato
- Kemudian tuanglah diatas ikan yang telah digoreng tadi.
Thursday, February 17, 2011
Udang Harimau Goreng
Inilah pertama kali saya beli Udang Harimau , laut mari pergi bukan bela tau. alkisahnya saya turun Bagan Pasir hajat nak cari lauk, pastu boleh la si apek tu jual lelong udaang rimau ni sebab dah dia tinggal sikit. adalah dalam sekilo cam tu dia bagi Rm15. Pastu saya beli Sotong kecik pulak RM6 sekilo. Udang laut kecil yang hijau2 sikit kulit dia pun rega dia RM 6. Baru naik . Ikan tuka-tuka RM5 sekilo. Sekilo dapat 5 ekor Yang ni saya bakar jer tapi tak sempat nak amik gambar dah habis kena ratah dulu. dan adalah beli beberapa jebnis ikan sikit . Total RM40. tapi saya dapat macam2. Yang penting segar dari ladang.....bagi sesiapa yang nak cari ikan fresh dan murah, Marilah ke bagan pasir Tanjung Karang. Tapi kalau turun hari minggu ada sedikit mahallah maklumlah time ni ramai orang luar singgah sini. Pastu ikan pun kena tengok.. depa ni pandai sekarang, ikan fresh kadang2 diaorang simpan, dia jual ikan semalam. Tapi masih ok lah berbanding kat pasaraya tu
Berbalik pasal udang harimau saya ni, saya hanya celupkan udang dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Serbuk roti ni pun saya kisar sendiri guna roti perancis yang tak abis tu. Pastu goreng hingga masak. Sedap dicicah ngan sos chili thai. happy cooking
Wednesday, February 16, 2011
Ketam Lemak Cili Api
Dah lama rasanya tak makan ketam. Saya beli ketam ni masa on the way balik kampung di kampung di kuala selangor. ketam ni fresh lagi baru naik dari laut. Masih menggeletik hidup masa duk pilih-pilih dia. Sizenya kecik2 jer dapatla 10 ekor sekilo..harga cuma RM7 sekilo. Murahkan.. yang penting fresh... Saya memng sengaja tak buang kulit cengkerangnya. Hanya korek perutnya yang terletak diatas kepalanya. Sayang beli mahal2 tak kan nak buang plak. Lagipun ada telur yang sedap kat dalam cengkerang ketam ni. Sangat manis dan sedap bila dah dimasak lemak ni. Hai bertambah2 lemak lah aku ni.
Bahan-bahannya:
Bahan-bahannya:
- 1 kilo ketam
- 7 ulas bawang merah -ditumbuk
- 20 biji cili api-ditumbuk
- 1 inci kunyit hidup-ditumbuk
- 2 tangkai serai dititik
- 1 helai daun kunyit
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau
- Masukkan ketam dan serai dan kacau hingga ketam bertukar kemerah-merahan
- Masukkan santan dan renih hingga ketam masak
- Jangan lupa Masukkan daun kunik yang telah disiat-siat kedalam masakan
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
Friday, February 11, 2011
Brokoli dengan cendawan Tiram
Saya bukan penggemar brokoli tapi saya sedang cuba2 menyukakan diri dengan brokoli. Untuk lebih meng'kick'kan brokoli tersebut saya campur dengan cendawan tiram. Simple jer tak yah ler letak resipi la. Ketukkan bawang putih dan dan goreng dengan sos tiram.
sambal udang cili padi
Bagi penggemar makanan pedas macam saya, silalah mencuba sambal tumis udang ni. Selalu kita buat sambal tumis guna cli kering, tapi saya lebih menggemari cili api. Lebih sedap kalau guna udang kertas yang kecil2 tu. Cili api plak kena tumbuk baru kick. Tapi kali ni saya blend jer. Nak cepat kekdahnya...
- 300g Udang dibersihkan
- 30 tangkai cili api
- 5 ulas bawang merah
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- Minyak utk menumis
- Sedikit air
- Tumbuk cili api dengan bawang hingga lumat
- Tumiskan cili api yang dah ditumbuk tadi hingga kering
- Masukkan air sedikit
- Tambahkan gula dan garam serta air asam
- Masukkan udang dan renihkan hingga udang masak.
- Kalau nak goreng udang dulu pun boleh
Monday, January 24, 2011
chicken roaster
Bahan-bahannya:
- 1/4 bahagian ayam
- 2 sudu kecil madu
- 2 sudu kecil herba itali campur
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil garam
- sedikit minyak zaitun
- Gaul ayam dengan semua bahan diatas
- Perap sekurang-kurangnya 1 jam
- Panggang dalam ketuhar dengan suhu 250' c sehingga masak
- Boleh dihidangkan bersama kentang lenyek, salad dan macaroni
Subscribe to:
Posts (Atom)