Saturday, May 22, 2010

Buah Kuini Buah Nenas

Buah Nenas Sarawak dan Kuini Kampung sedang masak ranum buah tangan dari bonda mertua . Silalah Rasa..

Sambal Kuini


Mak mertua bagi buah kuini maklumlah tgh musim. Teringat selalu makan sambal kuini kat kedai tetapi saya lebih suka sambal belacan juga. Agak kureng sikit mungkin yang saya buat tak sedap?

Ikan Kapak Masin


Pernah makan tak ikan kapak masin. First time makan dulu biras ada bagi sekor. sedap..hari tu ke ekonsef jumpa ikan kapak masin ni. Husband kata sedap ni kita tukar plak lah asik gelama masin jer. Ikan ni leper bulat dan lebar macam besar2 tapak tangan. Walaupun leper tapi isinya banyak juga. Makan ngan sambal belacan dan masak lemak.. perh..cuba try test

Meggi Goreng

Masak meggi goreng sajer. Maklumlah ..menu hujung2 bulan cam nilah . kes tak de stok nak masak.. masak apa yang ade sajer. Kenyang...Syukur alhamdullilah ..

Tuesday, May 18, 2010

Mee Udang Simple




Bahan-bahan untuk kuah
  • 6 Ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1/2 kilo udang besar
  • 6 sudu cili kisar
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1 biji ubi keledak -rebus dan dilecek
  • sedikit jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-
  1. Basuh udang terlebih dahulu. Asingkan udang dengan kepalanya. Rebuskan kepala udang dengan air utk dijadikan stok.
  2. Tumis bawang merah, putih, cili kisar, jintan manis. Letak serbuk kari sikit
  3. Masukkan air udang dan didihkan
  4. Masukkan udang dan keledek. Rebus hingga kuah pekat mengikut kesuaian anda
Bahan untuk Mee
  • I bungkus mee Kuning dicelur
  • Daun sawi dicelur
  • bawang goreng
  • tauhu goreng dihiris
  • daun sup dihiris
  • cili merah dihiris
  • limau kasturi
  • telur rebus-dibelah dua jika suka

Ikan Tenggiri Grill


Saya bukanlah penggemar tenggiri dan tak pernah beli tenggiri sebelum ni. Sebab apa.. dulu2 nak merasa tenggiri jauh sekali maklumlah mahal bagi kami orang-orang kampung. Di kampung pun jarang jumpa specis ikan-ikan macam ni sebab tak de yang membeli. Maklumlah dahulu ekonomi lemah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang...kalau hujan tak boleh mengais..huk.. huk.

Ikan tenggiri ni saya just gaulkan dengan pes chili thai, letak halia, hiriskan bawang besar dan perahkan asam limau. Bungkus dengan aluminium foil dan panggang dalam kuali lebih kurang 15 minit.

Friday, May 14, 2010

Chicken Pan Grill



Kali ni kita layan western food lak. Saya memang minat makan western food ni lebih-lebih lagi kalau ada rasa herba2 english ni. Hubby pun layan gak.So enjoy my version punya chicken grill

Bahan-Bahannya:
  • 2 keping dada ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit Serbuk oregano
  • Sedikit serbuk selasih
  • garam
  • minyak zaitun
Caranya:
  1. Belah di tengah bahagian dada ayam dan ketuk sedikit dengan belakang pisau supaya leper
  2. Taburkan sedikit garam, lada hitam, oregano, selasih dikedua-dua behagian ayam
  3. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaitun
  4. Panggangkan ayam didalam grill pan hingga masak
  5. Boleh dihidangkan bersama garlic bread, mash potato dan sayuran
Untuk gravy:
  1. Lebihan minyak dan air yang melekat pada grill pan tadi jgn dibuang.
  2. Masukkan air didalam pan dan renihan hingga pekat.
  3. Untuk warna yang lebih gelap boleh letakkan sedikit kicap dan serbuk lada hitam
  4. Tuangkan diatas ayam dan juga boleh mash potato

Sayur Peria & Tauhu


Tak ramai yang menggemari sayur peria ni tapi saya cukup suka. Masak pula pedas-pedas, sangat sedap. Makan mentah buat ulam pun sedap. Kena pulak dengan sambal tumis. Kali ni saya cuma masak simple jer, tumis pedas bersama tauhu.
Bahan-bahannya:
  • 5 biji Peria Katak-dihiris
  • 2 ketul tauhu basah
  • 15 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit ikan bilis
  • garam

Cara-caranya;
  1. Tumbuk bawang merah, cili padi dan ikan bilis
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan peria dan tauhu. Gaul hingga sebati
  4. Masukkan sedikit air dan garam
  5. Setelah masak angkat dan hidangkan.

Kari Ayam Kampung


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam kampung
  • 6 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • Lengkuas-ditumbuk
  • 5 sudu serbuk kari daging-dibancuh dengan sedikit air
  • Rempah tumis; buah pelaga, kayu manis, bunga lawang & halba
  • 2 batang serai -dititik
  • 5 biji ubi kentang -dibelah dua
  • 1 batang daun kari
  • Sedikit Air asam jawa
  • 2 cawan santan
  • garam & gula
Cara Memasaknya:
  1. Tumiskan rempah tumis, bawang merah, bawang putih dan lengkuas
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati
  4. Masukkan serai dan sedikit air dan masak hingga ayam empuk
  5. Selepas ayam hampir empuk masukkan kentang
  6. Masukkan santan, air asam jawa daun kari, garam dan gula secukup rasa
  7. Didihkan hingga masak.

Thursday, May 13, 2010

Kerabu Kuluban


Lama jugak saya menyepikan diri dari memasukkan entri masak-masak. Yes. mood masak telah kembali. Selama ni pun masak gak tapi biasa-biasa jer. Maaf yer kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana guna hp jer. sejak tukar hp ni, gambar yang dihasilkan kurang memuaskan berbanding hp Sony E saya yang lama. Kali ni kita masak kerabu jawa style. Pada yang tak tau apa itu kuluban maksudnya adalah sayuran yang dicelur. Lebih sedap kalau ada pucuk ranti dan pucuk ubi. Mesti tak renti makan.

Bahan-Bahannya:

Untuk sambal kelapa
  • 1/2 biji isi kelapa, parut yang putih sahaja. kalau boleh guna kelapa yang tidak terlalu tua.
  • 5 ulas Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi-ikut selera masing2
  • sedikit ikan bilis / udang kering
  • sedikit belacan
  • 10 biji isi kencur (cekur)-kalau tak de boleh gantikan dengan daun limau purut
  • Sedikit asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Tumbukkan semua bahan kecuali kelapa dan asam jawa hingga lumat
  2. Ramaskan kelapa dengan bahan yang ditumbuk dan asam jawa hingga sebati
  3. Rasa asam garamnya
  4. Sangan dalam kuali dengan api yang kecil hingga sebati dan kering
  5. Bolehlah digaulkan dengan sayur-sayuran mengikut kegemaran masing-masing.
  6. Antara sayuran yang biasa dibuat adalah tauge, kacang panjang, kangkung, pucuk ranti, pucuk ubi, pucuk betik, pucuk turi dan segala macam pucuk lah. Pasti anda akan selalu awet muda.

Thursday, May 6, 2010

Majlis Bertandang Pula

Seminggu lepas majlis kenduri, majlis bertandang ke rumah lelaki plak. Lokasi rumah pengantin lelaki di Kg Batu Tambahan, dekat ngan Batu Caves. kali ni pengantin memakai busana serba ungu. Macam biasa just nak share pic sajer. Ni majlis Walimah yang pertama utk pihak lelaki.






So buat adik ku berdua.. selamat menempuh Alam rumah tangga.. Semoga berbahagia dan beerkekalan hendaknya. Amin..Love u

Majlis Perkahwinan Adik Ipar Part 1

Awal cuti sekolah baru-baru ini adik adik ipar ku melangsungkan majlis perkahwinannya. Kiranya dalam adik beradik suami dia adalah anak ke 5 dan sulung perempuan dari 7 org. Kiranya ini adalah majlis perkahwinan anak perempuan yang pertama utk bapa mertuaku. Dan beliau sungguh teruja dengan majlis kali ini. Maklumlah.. sebelum ni 4 kali buat semua anak lelaki so yang ni lain macam lah sikit feeling dia...

Majlis dimulakan dengan akad nikah yang dah dibuat 2 minggu sebelumnya memandangkan pihak lelaki orang KL jer. Senang dah nikah siap2 tunggu hari langsung jer. So tak payah nak terkejar-kejar masa hari langsung nanti.. Bapak mertuaku yang nikahkan sendiri anaknya...Dua-dua nerves, yang dinikah dan yang menikahkan..
Hari Pertama: Hari rewang...
Yeh..yeh..mari pack goodies bag utk tetamu. zati ko jgn sengih2 jer




Menu untuk Petang hari rewang hingga Malam..Ayam goreng, daging masak kicap,siput sedut , sayur goreng, tomyam dan buah tembikai. Harus malam sediakan menu sebab tetamu dah mula datang ......Tang siput sedut tu special tau.. sekawah kitaorang masak..




Malam tu lebih kurang pkl 12 tghmalam.. hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmat membawa rezeki. Bila pagi.. air parit dah naik .. ada kawasan khemah dah naik air.. so terpaksa anjak sikit .. nasib baik ler laman rumah luas boleh gak adjust2 tempat. tempat rewang plak lecak. Ini ibu mertuaku yg disayangi yang pakai tudung ceklat.. maklumlah tema hari tu ceklat.

Pengantin dah tiba..prak...prak.. kebung..kebung..kebung...dengan iringan kompang dari orang2 lama. Bunyi pun lain.. sentimentel jer bunyi kompangnya.
Ha..tu kan atuk2 jer yang pukul kompang. Ni jemputan khas bapak mertua ni. Kitaorang pun tak tau . Tau2 bunyi jer kompang masa pengantin sampai. Sentimentel jer bunyinya.. tak de la bingit macam budak2 sekarang main tu. Mana nak cari Jah sekarang macam ni. Klasik o...
Antara orang-orang kuat masa majlis kenduri...


Anak-anak buah sedang cuci cawan.. mula-mula jer rajin pastu lesap entah kemana...


Ibu mertua disamping menantu, anak dan cucu yang comel-comel belaka.
Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan selamat. Amin. Harus malam tu kami semua tidur dengan lena

Wednesday, May 5, 2010

Roti Kentang




Mari kawan-kawan kita meroti hasil buruan ke fotopages RINCHAN. Cun o di punya roti kentang..tak macam roti yang ku buat ni..walaupun gerhana tapi rasanya sedap. Ok practice make perfect. Ni saya copy paste resipi dari Rinchan

ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Bahan-bahan:
300gm tepung berprotein tinggi
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5 . Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....
CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega
Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.