Saturday, August 20, 2011

oyster choy sam + tauhu

saya memang suka sayur2 chinese style. Yang ni sawi bunga @choy sam yang di goreng ringkas dengan tauhu.
Cuma gorengkan bawang putih cincang, tauhu dan sos tiram. Masukkan sawi dan gorengkan hingga sawi layu atau separa masak. Tambahkan air sedikit jika suka. Walla...

Assalamualaikum...

Assalamualaikum Warahmatullah...

Sudah lama tak update blog. Kerajinan berblogging semakin menurun barangkali bukan kerana FB,  kerana saya bukan FB tegar. Hanya kerana kemalasan.. ya itu adalah alasan yang normal.  Bulan Puasa pun sudah menghampiri minggu yang terakhir. Sebagai orang dewasa, kemeriahan menyambut raya tidaklah seperti zaman kecil2 dulu. Kalau tahun-tahun lepas saya buat ler jugak biskut sebalang dua untuk buah tangan family di kampung tapi tahun ni saya gantung oven. Mungkin beli saja nanti last minute  untuk buah tangan ibu dan mertua di kampung.
Sekarang ini mak kat kampung hanya memikirkan nak buat majlis Walimatul Urus adik lepas syawal nanti. Jadi mungkin raya ni ala kadar saja. Budget lebih diutamakan untuk majlis kenduri kahwin nanti. Saya sebagai anak sulong secara tak langsung turut sibuk memikirkan dan merancang majlis kahwin nanti. Banyak perkara yang perlu di rancang dengan teliti.
Apa lagi yer... seminggu sebelum puasa yang lalu saya pergi bercuti ke samporna sabah dan pulau2 sekitarnya  bersama teman2 sepejabat selama  6 hari 5 malamah  Rasanya inilah percutian terlama yang pernah pergi. Ni kali kedua saya ke sabah dan yang ni cuti yang best sangat sebab pulau2 dia sangat cantik.
Nanti saya update cerita pasal percutian ni dlm entri akan datang...
Pasal masakan plak saya dah kurang ler amik2 gambar masakan ni. Lagipun masakan saya biasa2 jer kadang2 tak masak maklumler saya berdua jer tidakler nak masak banyak2 masak pun simple2 gitu.

Rasanya ini sajalah entri buat pemanas badan. Hope dengan entri ini akan membuatkan saya rajin update blog....

Thursday, April 14, 2011

Sayur Goreng Jawa


  • 1 -2 bungkus tempe -didadu dan digoreng
  • 2 keping tauhu basah-didadu dan digoreng
  • 3 biji kentang -didadu dan digoreng
  • 5 tangkai cili kering -di gunting serong dan direndam didalam air
  • 1 biji bawang besar- di potong baji
  • 5 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih- dimayang halus
  • Segenggam suhun -direndam dan dikerat. (Boleh juga digoreng jika suka)
  • 1 biji lobak merah- di potong dadu
  • 10 tangkai kacang buncis-dikerat kecil
  • sedikit ikan bilis
  • 2 inci lengkuas- dimayang halus
  • 2 inci belacan*
  • 5 sudu air asam jawa *
  • *hancurkan  belacan dengan air asam jawa
  • 2 cawan santan  
  • garam dan gula
  • sedikit kicap manis (optional)
  • minyak untuk menumis
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bilis hingga naik bau
  2. Masukkan cili kering dan lengkuas
  3. Masukkan air asam jawa+belacan dan bawang besar
  4. Masukkan Santan dan didihkan hingga mendidih
  5. Boleh masukkan sedikit kicap untuk warna yang lebih gelap
  6. Bila santan sudah mula mendidih, masukkan carrot dan kacang buncis
  7. Masukkan juga semua bahan yang digoreng tadi dan kacau hingga semua sayur tadi lembut dan kuah santan tadi kering.

Wednesday, April 13, 2011

Kerabu Mangga Lagi


  • 2 biji Mangga Muda
  • 10 ekor udang saiz sedang
  • 5 biji cili padi di racik
  • 3 ulas bawang merah di mayang
  • sedikit sos nampla (sos ikan/sotong)
  • gula secukup rasa
  • sedikit kacang tanah digoreng dan dibuang kulit
  1. Mangga di kupas dan di sagat memanjang
  2. Udang dibuang kulit dan di celur sebentar
  3. Gaulkan mangga muda, udang, bawang merah dan cili padi
  4. Masukkan sos nampla dan gula secukup rasa
  5. Taburkan dengan kacang tanah tumbuk.

Tuesday, April 12, 2011

Kembung Sweet Sour


Ikan kegemaran saya sejak kecil lagi. Dalam banyak -banyak ikan , rasanya ikan kembung jugak yang paling sedap sebab ikan ni versertail. Semua masakan dia boleh masuk. Kalau goreng lagi sedap...Saya tak pernah menetapkan menu harian .. just guna apa yang ada di dapur. Masak pun simple2 jer.
  • 5 ekor ikan kembung kecil digoreng
  • 10 biji cili padi di potong kecil
  • 1  biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji tomato, buang biji dan didadu
  • sedikit soso tomato
  • sedikit sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
  1. Tumiskan bawang putih dan besar dan juga cili padi
  2. Masukkan sos cili dan tomato
  3. Masukkan sedikit air, garam dan gula .
  4. Masakkan hingga pekat baru masukkan tomato
  5. Kemudian tuanglah diatas ikan yang telah digoreng tadi.

Thursday, February 17, 2011

Udang Harimau Goreng


Inilah pertama kali saya beli Udang Harimau , laut mari  pergi bukan bela tau. alkisahnya saya turun Bagan Pasir hajat nak cari lauk, pastu boleh la si apek tu jual lelong udaang rimau ni sebab dah dia tinggal sikit. adalah dalam sekilo cam tu dia bagi Rm15. Pastu saya beli  Sotong kecik pulak  RM6 sekilo. Udang laut kecil  yang hijau2 sikit kulit dia pun rega dia RM 6. Baru naik . Ikan tuka-tuka RM5 sekilo. Sekilo dapat 5 ekor Yang ni saya bakar jer tapi tak sempat nak amik gambar dah habis kena ratah dulu. dan adalah beli beberapa jebnis ikan sikit . Total RM40. tapi saya dapat macam2. Yang penting segar dari ladang.....bagi sesiapa yang nak cari ikan fresh dan murah, Marilah ke bagan pasir Tanjung Karang. Tapi kalau turun hari minggu ada sedikit mahallah maklumlah time ni ramai orang luar singgah sini. Pastu ikan pun kena tengok.. depa ni pandai sekarang, ikan fresh kadang2 diaorang simpan, dia jual ikan semalam. Tapi masih ok lah berbanding kat pasaraya tu

Berbalik pasal udang harimau saya ni, saya hanya celupkan udang dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Serbuk roti ni pun saya kisar sendiri guna roti perancis yang tak abis tu. Pastu goreng hingga masak. Sedap dicicah ngan sos chili thai. happy cooking

Wednesday, February 16, 2011

Ketam Lemak Cili Api

Dah lama rasanya tak makan ketam. Saya beli ketam ni masa on the way balik kampung di  kampung di kuala selangor. ketam ni fresh lagi baru naik dari laut. Masih menggeletik hidup masa duk pilih-pilih dia. Sizenya kecik2 jer  dapatla 10 ekor sekilo..harga cuma RM7 sekilo. Murahkan.. yang penting fresh... Saya memng sengaja tak  buang kulit cengkerangnya. Hanya korek perutnya yang terletak diatas kepalanya. Sayang beli mahal2 tak kan nak buang plak. Lagipun  ada telur yang sedap kat dalam cengkerang ketam ni. Sangat manis dan sedap bila dah dimasak lemak ni. Hai bertambah2 lemak lah aku ni.

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo ketam
  • 7 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 20 biji cili api-ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup-ditumbuk
  • 2 tangkai serai dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  1. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau
  2. Masukkan ketam dan serai dan kacau hingga ketam bertukar kemerah-merahan
  3. Masukkan santan dan renih hingga ketam masak
  4. Jangan lupa Masukkan daun kunik yang telah disiat-siat kedalam masakan
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Friday, February 11, 2011

Brokoli dengan cendawan Tiram

Saya bukan penggemar brokoli tapi saya sedang cuba2 menyukakan diri dengan brokoli. Untuk lebih meng'kick'kan brokoli tersebut saya campur dengan cendawan tiram. Simple jer tak yah ler letak resipi la.  Ketukkan bawang putih dan dan goreng dengan sos tiram.

sambal udang cili padi

Bagi penggemar makanan pedas macam saya, silalah mencuba sambal tumis udang ni. Selalu kita buat sambal tumis guna cli kering, tapi saya lebih menggemari cili api. Lebih sedap kalau guna udang kertas yang kecil2 tu.  Cili api plak kena tumbuk baru kick. Tapi kali ni saya blend jer. Nak cepat kekdahnya...
  • 300g Udang dibersihkan
  • 30 tangkai cili api
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
  • Sedikit air
  1. Tumbuk cili api dengan bawang hingga lumat
  2. Tumiskan cili api yang dah ditumbuk tadi hingga kering
  3. Masukkan air sedikit
  4. Tambahkan gula dan garam serta air asam 
  5. Masukkan udang dan renihkan hingga udang masak.
  6. Kalau nak goreng udang dulu pun boleh
Sedap ni makan ngan nasi panas dan ikan masin. Ulam plak pucuk ubi. Meletop sangat...

Monday, January 24, 2011

chicken roaster


Bahan-bahannya:

  • 1/4 bahagian ayam
  • 2 sudu kecil madu
  • 2 sudu kecil herba itali campur
  • 2 sudu  kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit minyak zaitun
  1. Gaul ayam dengan semua bahan diatas
  2. Perap sekurang-kurangnya  1 jam
  3. Panggang dalam ketuhar dengan suhu 250' c sehingga masak
  4. Boleh dihidangkan bersama kentang lenyek, salad dan macaroni

Tuesday, January 18, 2011

STIR FRY BABY KAILAN

  • 3 ULAS BAWANG PUTIH DICINCANG
  • 5 POKOK BABY KAILAN DIPOTONG
  • 2 BIJI CILI MERAH DIHIRIS
  • 2 SUDU SOS TIRAM
  • MINYAK UNTUK MENUMIS
TUMISKAN BAWANG PUTIH HINGGA NAIK BAU. MASUKKAN SAYUR, CILI DAN SOS TIRAM. GORENG HINGGA MESRA. SAYA SUKA SAYURNYA RANGUP. JADI SAYA GORENG SEKEJAP JER DGN API YANG BESAR. SIAP...MUDAH DAN CEPAT.

Monday, January 17, 2011

TUKAR MOOD .....SURATAN...

tukar mood
saja layan jiwang tangkap leleh...saya cinta lagu ini dari dulu hingga sekarang...



Segar di ingatan   Sejarah luka yang berlaku  Terpahat kenangan  Cerita cinta ku pada mu Tiada duanya  Biar berjuta tidak sama Indahnya cinta mu Setulus budi mu pada ku

Telah ku terima Suratan takdir Yang Esa  Cinta manusia Suka dan duka di tangannya
Sedalam renungan  Moga terjawab persoalan Apakah salah ku Di mana silap mu


Sudah lumrah kehidupan Tidak lepas kesalahan  Cinta yang menjadi korban... kesilapan Saat yang silih berlalu  Masa tak akan kembali  Semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang Segala kesilapan ku Tidak terniat sekali melukai dirimu Ku pohonkan doa Semoga kau berbahagia Tempoh hidup ini Jalanan berduri Nama mu biarkan abadi... di sini


Mudah-mudahan bersama Keadaan yang berbeza Di alam cinta yang kekal... selamanya

bila wanita berairmata.....

airmata...

sesekali keluar airmataku..menangis mengekpresikan emosi diri. Aku bukanlah bodoh mempertahankan ego untuk tidak menangis. Menangis bukan kerana sedih tapi gembira, marah dan keciwa seribu bahasa.
Lelaki agak sukar untuk menangis. Adakah itu tandanya mereka itu bodoh.??..

menangislah bila harus menangis, karena kita semua manusia - airmata (dewa 19)

Monday, January 10, 2011

COLESLAW


BAHAN-BAHANNYA

  • KUBIS -DISAGAT
  • LOBAK MERAH -DISAGAT
  • SEDIKIT KISMIS HITAM
  • MAYONIS SECUKUP RASA
  • SEDIKIT PERAHAN LEMON
GAUL SEMUA BAHAN-BAHAN HINGGA SEBATI & ENJOY

ayam kukus asam (edisi gawat)




Sempena tahun baru ini saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Ditahun baru ini kita semua mengalami krisis kegawatan minyak masak dan kenaikan harga bawang. Kalau minyak tak de nampaknya kena masak yang rebus2 aje. Satu masalahnya plak sang suami tak berapa nak makan kalau masak yang rebus-rebus aje....Sempena tahun baru ini saya mulakan dengan entry ayam masak asam. Masakan simple dan sesuai untuk mereka2 yang dalam pantang lepas bersalin. Lagipun time kegawatan minyak masak ni memang sesuai sangatlah..

Bahan-bahannya

  • 1/4 Bahagian ayam dipotong kecil-kecil dan toskan supaya kering airnya
  • 10 ulas bawang merah dihiris
  • 1 sudu besar asam jawa (x perlu bancuh)
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun Pisang secukupnya
Cara membuatnya:

  1.  Gaulkan ayam ,bawang merah  hiris, garam  dan asam jawa. Kalau nak sedap gaulkan dengan tangan dan ramaskan sedikit supaya mesra
 
2. Masukkan sesenduk dalam daun pisang dan bungkus seperti tapai. Sematkan dengan lidi.
3. Susun dalam periuk. Pastikan semua bungkusan terletak didasar periuk.

4. Masukkan sedikit air dalam periuk. Agak-agak 1/3 tenggelam bungkusan ayam tadi
5. Tutup dan didihkan periuk tadi selama 10 minit.

6. Boleh dihidangkan

* kalau tak de daun pisang memadai dengan renihkan ayam tadi dalam periuk dengan menambah sedikit air selama 10 minit sehingga ayam empuk