Saturday, May 22, 2010

Buah Kuini Buah Nenas

Buah Nenas Sarawak dan Kuini Kampung sedang masak ranum buah tangan dari bonda mertua . Silalah Rasa..

Sambal Kuini


Mak mertua bagi buah kuini maklumlah tgh musim. Teringat selalu makan sambal kuini kat kedai tetapi saya lebih suka sambal belacan juga. Agak kureng sikit mungkin yang saya buat tak sedap?

Ikan Kapak Masin


Pernah makan tak ikan kapak masin. First time makan dulu biras ada bagi sekor. sedap..hari tu ke ekonsef jumpa ikan kapak masin ni. Husband kata sedap ni kita tukar plak lah asik gelama masin jer. Ikan ni leper bulat dan lebar macam besar2 tapak tangan. Walaupun leper tapi isinya banyak juga. Makan ngan sambal belacan dan masak lemak.. perh..cuba try test

Meggi Goreng

Masak meggi goreng sajer. Maklumlah ..menu hujung2 bulan cam nilah . kes tak de stok nak masak.. masak apa yang ade sajer. Kenyang...Syukur alhamdullilah ..

Tuesday, May 18, 2010

Mee Udang Simple




Bahan-bahan untuk kuah
  • 6 Ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1/2 kilo udang besar
  • 6 sudu cili kisar
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1 biji ubi keledak -rebus dan dilecek
  • sedikit jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-
  1. Basuh udang terlebih dahulu. Asingkan udang dengan kepalanya. Rebuskan kepala udang dengan air utk dijadikan stok.
  2. Tumis bawang merah, putih, cili kisar, jintan manis. Letak serbuk kari sikit
  3. Masukkan air udang dan didihkan
  4. Masukkan udang dan keledek. Rebus hingga kuah pekat mengikut kesuaian anda
Bahan untuk Mee
  • I bungkus mee Kuning dicelur
  • Daun sawi dicelur
  • bawang goreng
  • tauhu goreng dihiris
  • daun sup dihiris
  • cili merah dihiris
  • limau kasturi
  • telur rebus-dibelah dua jika suka

Ikan Tenggiri Grill


Saya bukanlah penggemar tenggiri dan tak pernah beli tenggiri sebelum ni. Sebab apa.. dulu2 nak merasa tenggiri jauh sekali maklumlah mahal bagi kami orang-orang kampung. Di kampung pun jarang jumpa specis ikan-ikan macam ni sebab tak de yang membeli. Maklumlah dahulu ekonomi lemah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang...kalau hujan tak boleh mengais..huk.. huk.

Ikan tenggiri ni saya just gaulkan dengan pes chili thai, letak halia, hiriskan bawang besar dan perahkan asam limau. Bungkus dengan aluminium foil dan panggang dalam kuali lebih kurang 15 minit.

Friday, May 14, 2010

Chicken Pan Grill



Kali ni kita layan western food lak. Saya memang minat makan western food ni lebih-lebih lagi kalau ada rasa herba2 english ni. Hubby pun layan gak.So enjoy my version punya chicken grill

Bahan-Bahannya:
  • 2 keping dada ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit Serbuk oregano
  • Sedikit serbuk selasih
  • garam
  • minyak zaitun
Caranya:
  1. Belah di tengah bahagian dada ayam dan ketuk sedikit dengan belakang pisau supaya leper
  2. Taburkan sedikit garam, lada hitam, oregano, selasih dikedua-dua behagian ayam
  3. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaitun
  4. Panggangkan ayam didalam grill pan hingga masak
  5. Boleh dihidangkan bersama garlic bread, mash potato dan sayuran
Untuk gravy:
  1. Lebihan minyak dan air yang melekat pada grill pan tadi jgn dibuang.
  2. Masukkan air didalam pan dan renihan hingga pekat.
  3. Untuk warna yang lebih gelap boleh letakkan sedikit kicap dan serbuk lada hitam
  4. Tuangkan diatas ayam dan juga boleh mash potato

Sayur Peria & Tauhu


Tak ramai yang menggemari sayur peria ni tapi saya cukup suka. Masak pula pedas-pedas, sangat sedap. Makan mentah buat ulam pun sedap. Kena pulak dengan sambal tumis. Kali ni saya cuma masak simple jer, tumis pedas bersama tauhu.
Bahan-bahannya:
  • 5 biji Peria Katak-dihiris
  • 2 ketul tauhu basah
  • 15 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit ikan bilis
  • garam

Cara-caranya;
  1. Tumbuk bawang merah, cili padi dan ikan bilis
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan peria dan tauhu. Gaul hingga sebati
  4. Masukkan sedikit air dan garam
  5. Setelah masak angkat dan hidangkan.

Kari Ayam Kampung


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam kampung
  • 6 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • Lengkuas-ditumbuk
  • 5 sudu serbuk kari daging-dibancuh dengan sedikit air
  • Rempah tumis; buah pelaga, kayu manis, bunga lawang & halba
  • 2 batang serai -dititik
  • 5 biji ubi kentang -dibelah dua
  • 1 batang daun kari
  • Sedikit Air asam jawa
  • 2 cawan santan
  • garam & gula
Cara Memasaknya:
  1. Tumiskan rempah tumis, bawang merah, bawang putih dan lengkuas
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati
  4. Masukkan serai dan sedikit air dan masak hingga ayam empuk
  5. Selepas ayam hampir empuk masukkan kentang
  6. Masukkan santan, air asam jawa daun kari, garam dan gula secukup rasa
  7. Didihkan hingga masak.

Thursday, May 13, 2010

Kerabu Kuluban


Lama jugak saya menyepikan diri dari memasukkan entri masak-masak. Yes. mood masak telah kembali. Selama ni pun masak gak tapi biasa-biasa jer. Maaf yer kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana guna hp jer. sejak tukar hp ni, gambar yang dihasilkan kurang memuaskan berbanding hp Sony E saya yang lama. Kali ni kita masak kerabu jawa style. Pada yang tak tau apa itu kuluban maksudnya adalah sayuran yang dicelur. Lebih sedap kalau ada pucuk ranti dan pucuk ubi. Mesti tak renti makan.

Bahan-Bahannya:

Untuk sambal kelapa
  • 1/2 biji isi kelapa, parut yang putih sahaja. kalau boleh guna kelapa yang tidak terlalu tua.
  • 5 ulas Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi-ikut selera masing2
  • sedikit ikan bilis / udang kering
  • sedikit belacan
  • 10 biji isi kencur (cekur)-kalau tak de boleh gantikan dengan daun limau purut
  • Sedikit asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Tumbukkan semua bahan kecuali kelapa dan asam jawa hingga lumat
  2. Ramaskan kelapa dengan bahan yang ditumbuk dan asam jawa hingga sebati
  3. Rasa asam garamnya
  4. Sangan dalam kuali dengan api yang kecil hingga sebati dan kering
  5. Bolehlah digaulkan dengan sayur-sayuran mengikut kegemaran masing-masing.
  6. Antara sayuran yang biasa dibuat adalah tauge, kacang panjang, kangkung, pucuk ranti, pucuk ubi, pucuk betik, pucuk turi dan segala macam pucuk lah. Pasti anda akan selalu awet muda.